“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuhan kalian pada sesuatu yang diharamkan atas kalian.”
( Diriwayatkan oleh al-Bukhari )
“Tidak ada balasan bagi hambaKu yang Mukmin yang telah Aku ambil daripadanya sesuatu yang ia cintai baik berupa anak atau hartanya, melainkan Aku akan memasukkannya ke dalam Syurga.”
( HR Ibnu Asakir )
Pembetulan Persepsi
Persepsi pesakit dibetulkan agar kembali kepada Allah S.W.T. kerana segala sesuatu itu datangnya dari Allah S.W.T.
Allah S.W.T. telah berfirman :
Bertanyalah kepada mereka : “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekelian alam. Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata, “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! ”Oleh itu katakanlah : maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?”. Maka yang demikian ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya, sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar maka bukankah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?".
( Yunus : 31-32 )
Untuk sembuh, sikap pesakit memainkan peranan yang penting. Pesakit harus sentiasa bersikap positif, sabar, tenang dan bersangka baik.
Di dalam al- hadith ada menyebut :
“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu dan Aku sentiasa bersamanya. Ketika ia mengingatiku dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Jika dia mengingatiku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendekatinya dengan berlari.
( HR Abu Hurairah )
“Apabila aku menguji hamba-Ku dengan menghilangkan penglihatan kedua mata yang sangat dicintainya kemudian ia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga.”
( HR. Ahmad & Tabrani )
Sesungguhnya, kuasa penyembuhan itu datangnya dari Allah S.W.T. Ubat-ubatan hanyalah sekadar usaha dan ikhtiar manusia semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Seperti firman-Nya di dalam 'al-Qur’an :
“Berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan permintaan itu.”
Sabda Nabi S.A.W. :
“Allahlah yang dapat mengubati yang lebih tepatnya. Engkau adalah Rafiq ( pendamping ) sedangkan yang mengubati adalah yang menciptakannya.”
( HR Abu Daud & Ahmad )
Ujian dan musibah itu adalah semata-mata ujian daripada Allah S.W.T. sebagai tanda kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya. Seperti yang disebut dalam 'al-Hadith :
“Allah berfirman kepada para Malaikat-nya : “Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya.”
(HR Tabrani )
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata : “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
(al-Baqarah : 155)
Pengkasaan Sistem Imun
Melibatkan sistem pertahanan tubuh dengan membetulkan sistem endokrin( hormon ), sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan sistem pernafasan ( Body Self-Defense Mechanism ) - Fizikal - Keseimbangan sistem tubuh.
Sistem imun merupakan sekumpulan sel, molekul dan organ. Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang pencerobohan virus, bakteria, kulat dan sebagainya daripada memasuki tubuh yang mengakibatkan penyakit berjangkit. Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf. Ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi manusia daripada penyakit.
Dr. Lorraine Day menulis, jika sistem imun tubuh telah musnah pembiakan sel-sel kanser yang begitu pantas tidak dapat dikawal. Memulihkan fungsi imun tubuh adalah satu cara penyembuhan semulajadi merawat kanser.
Menurut Dr. Otto Warberg, “Apabila sel sihat kehilangan oksigen, ia akan menjadi kanser.”
Proses Detoksifikasi
Berkaitan dengan sistem pembuangan bahan buangan yang bertoksik, beracun dan berlebihan. Ia melibatkan lapan organ.
Empat ( 4 ) yang primer dan empat ( 4 ) yang sekunder.
Empat ( 4 ) yang primer ialah :
Hati
Usus
Paru-paru
Ginjal
Empat ( 4 ) yang sekunder ialah :
Pundi Hempedu
Kulit
Sistem Limfa
Darah
(Body-Self-Cleansing Mechanism ) –Fizikal – Fungsi Organ
Empat ( 4 ) punca bahan buangan yang bertoksik tersebut ialah :
Di dalam Qasidah Burdah oleh al-Imam Muhammad bin Said al-Bushiri yang telah diterjemah oleh Abu Ali al-Banjari an-Nadwi ada menyebut berkenaan racun yang terkandung didalam makanan. Maksud ungkapan tersebut adalah seperti berikut :
“Berapa banyak ia telah menipu orang. Ia menyajikan makanan yang kelihatan segar, padahal didalamnya ada terkandung racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang lemak-lemak (sedap).”
“Oleh itu, curigalah kamu dari tipu helahnya, samada melalui lapar atau kenyang kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang.”
Tabiat Pemakanan Sunnah
Melibatkan tatacara pemakanan yang betul – Pemakanan yang seimbang, masa makan yang sesuai,
teknik makan dan pola pemakanan yang disaran mengikut sunnah. Bukan sahaja melibatkan air,
karbohidrat, lipid ( lemak ), asid amino (dari protein ), vitamin dan mineral malah turut melibatkan
udara dan juga cahaya. Fizikal – Tenaga yang harmoni.
Tabiat pemakanan yang diketengahkan RAOHA merupakan pola pemakanan seperti yang diajar oleh
Rasulullah S.A.W. ( menurut Sunnah ). Jika dilihat pola pemakanan yang diajar oleh Baginda
merupakan suatu pola yang amat sesuai untuk diamalkan kerana ia amat berkait rapat dengan
kesihatan manusia.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam al-Quran dan mengajar manusia tentang tabiat pemakanan.
Antaranya :
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu
ikut jejak langkah Syaitan. Kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi
kamu.”
( al-Baqarah : 168 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah
dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan
halalnya itu. Kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan
makanlah dari rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu iatu yang halal lagi baik dan bertakwalah
kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.”
( al-Ma’idah : 87-88 )
“Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak
menjalar, pohon-pohon tamar, tanam-tanaman yang berlainan rasa, buah zaitun, delima, yang
bersamaan dan tidak bersamaan rasanya. Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah
haknya (zakat) ketika menuainya. Dan janganlah kamu melampau-lampau dalam pada apa yang kamu
makan dan belanjakan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau.
( al-An’am : 141 )
Kesinambungan Kaunseling
Melibatkan prinsip “Kepasrahan, Kesabaran, Keyakinan, Keikhlasan, Kesyukuran. ( Panduan Emosi
dan Spiritual ).
Pesakit akan diberi kaunseling untuk menerima Qadha’ dan Qadar Allah S.W.T. Setiap perkara
termasuk penyakit dan kesembuhan adalah ketentuan Allah S.W.T. dan ketentuan-ketentuan itu
pasti akan berlaku dan Dia jugalah yang mempunyai kekuasaan mutlak.
Firman Allah S.W.T. :
“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya. Dan Dialah juga yang memilih
(satu-satu untuk makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan
tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain dari pilihan Allah). Maka Suci Allah dan Maha Tinggilah
keadaan dari apa yang mereka sekutukan
denganNya). (al-Qhasas : 68)
Kaunseling ini diberi secara berterusan supaya pesakit sentiasa sabar dan ikhlas dalam usaha
berhadapan dengan penyakit yang dihidapi.
Firman Allah S.W.T. :
“Pada waktu dia ( Muhammad ) berkata kepada temannya : “Janganlah kamu berdukacita,