Dalam usaha mencari ketepatan, perawatan RAOHA bercirikan kepada lima asas yang utama iaitu “5 S” :
SUNNAH.
Cara perawatan RAOHA bertujuan untuk menghidupkan sunnah nabi sebagai usaha memupuk diri agar menjadi hambaNya yang taat. Sesungguhnya segala yang diajar dan dikerjakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. merupakan suatu ikutan (sunnah)sebagai panduan kepada kita selaku umatnya.
Sebagaimana difirmankan dalam al-Qur'an :
"Siapa yang taat kepada Rasul, maka ia taat kepada Allah." (al-Nisaa' : 80)
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (ketika susah dan senang )."
(al-Ahzab : 21 )
SEMULAJADI.
Ubat-ubatan keluaran RAOHA bersifat alami dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an :
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang di ilhamkan dan di permudahkan kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah dari dalam badannya minuman ( madu ) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir". ( an-nahl : 69 )
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian dan penyembuhan bagi penyakit-penyakit( yang berada dalam dada ).”
( Yunus : 57 )
.
SUCI.
Segala ubat-ubatan yang digunakan bebas daripada dadah dan bahan kimia yang berbahaya. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. :
"Dan apa yang Rasul berikan untukmu, maka terimalah ia, dan apa yang ia larang bagimu, maka jauhilah."
(al-Hasyr : 7)
Sebagaimana yang disebut dalam al-Hadith :
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuhan kalian pada sesuatu yang diharamkan atas kalian.”
( Diriwayatkan oleh al-Bukhari )
SELAMAT.
Selamat digunakan dan tiada kesan sampingan kerana ubat-ubatan yang digunakan berasaskan alam semulajadi. Ini kerana, Rasulullah S.A.W. melarang melakukan penyembuhan menggunakan sesuatu yang kotor, buruk dan memudharatkan seperti racun, dadah, arak dan sebagainya. Firman Allah S.W.T.:
“Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.”
( al-A’raf : 157 )
SADAQAH.
Di dalam Islam, sedekah merupakan suatu terapi yang sangat berkesan bagi semua jenis penyakit. Hal ini telah banyak disebutkan di dalam al-Hadith.
Antaranya; Ibnu Abial-Ja’d berkata :
“Sesungguhnya sedekah menolak 70 pintu keburukan.”
(al-Ghazali,Ihya’ Ulumuddin jil. 1 hlmn 226)
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan ( dosa ) sebagaimana air memadamkan api. Wahai Ka’abbin Ujrah, sungguh tidak akan masuk syurga daging dan darah yang tumbuh atas usaha haram. Neraka lebih patut untuknya. Wahai Ka’ab bin Ujrah, manusia diwaktu pagi terbahagi kepada 2 golongan. Ada yang amal yang mendekatkan diri kepada Allah, puasa sebagai perlindungan dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Dalam hadith yang lain Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
“Ubatilah orang-orang kamu dengan mengeluarkan sedekah dan bentengilah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan siapkan untuk menjauhi bala dengan berdoa.” ( HR Baihaqi )